Keperluan logistik polis juga perlu diberi perhatian: Musa Hassan

Musa
Musa
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan bukan sahaja perlu mempertimbangkan kenaikan gaji untuk anggota polis berpangkat rendah tetapi perlu menyediakan keperluan logistik bagi memudahkan urusan kerja pasukan keselamatan itu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana polis perlu diberikan kelengkapan menyeluruh untuk mereka melakukan tugas dengan baik.

“Saya rasa bukan gaji sahaja. Kerajaan patut memberikan semua logistik yang diperlukan oleh polis untuk menjalankan tugas. Logistik perlu dipertingkatkan.

“Kalau tidak ada logistik, meskipun naik gaji, mereka akan beli sendiri keperluan tugasan seperti buku laporan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota berpangkat rendah dinaikkan.

Abdul Hamid turut membuat permohonan supaya kerajaan logistik dan keperluan anggota berpangkat rendah diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

“Kenaikan gaji ini adalah fakta yang boleh kurangkan rasuah. Bagaimanapun terpulang pada diri sendiri. Yang penting disiplin diri. Jika disiplin diri lebih kukuh dan mempunyai iman yang tinggi, saya rasa mereka tidak akan terlibat dengan rasuah.

“Bermuhasabah diri serta pertingkatkan ketahanan diri melawan hawa nafsu adalah senjata yg paling kukuh mencegah diri daripada rasuah dan melakukan maksiat. Ramai yang gagal walaupun berpendapatan lumayan dan berjawatan yang tinggi,” kata Musa.

End....
Artikel Berkaitan: