26 cedera letupan di lapangan terbang Abha

lapangan terbang Abha di Arab Saudi - Google
lapangan terbang Abha di Arab Saudi - Google
A
A
A

YAMAN - Pemberontak Houthi Yaman telah melancarkan peluru berpandu di lapangan terbang Abha di Arab Saudi hingga mencederakan 26 orang awam di dewan ketibaan lapangan terbang, hari ini.

Gabungan dari pimpinan Saudi berkata dalam satu kenyataan, mereka yang cedera berlainan negara termasuk wanita dan kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan.

Ia masih belum jelas apa jenis peluru berpandu yang digunakan dalam serangan itu.

Al Jazeera's Mohammed al-Attab yang melaporkan dari ibu kota Yemeni, Sanaa, berkata kejadian itu membuktikan matlamat gabungan itu untuk musnahkan peluru berpandu itu gagal sekaligus pemberontakan melanda.

Serangan oleh pemberontak di Arab Saudi telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, selepas wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengetuai usaha bagi menamatkan konflik selama lebih empat tahun di negara termiskin di rantau Arab itu, mengeluarkan amaran bahawa masih wujud ancaman ia akan merebak kepada perang.

Konflik di Yaman yang bermula pada akhir tahun 2014 telah membunuh puluhan ribu orang, kebanyakannya penduduk awam, kata agensi bantuan.

Kira-kira 24.1 juta lebih daripada dua pertiga daripada penduduk kini memerlukan bantuan. - Al-Jazeera

Artikel Berkaitan: