A Rahman Hassan kritikal, bergantung bantuan pernafasan

Foto A Rahman Hasan (kiri) bersama isterinya, Datin Fadilah Mansor. - Gambar Instagram Fadilah Mansor
Foto A Rahman Hasan (kiri) bersama isterinya, Datin Fadilah Mansor. - Gambar Instagram Fadilah Mansor
A
A
A

SENIMAN veteran, Datuk A Rahman Hassan berada dalam keadaan kritikal dan kini bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Menurut anak penyanyi itu, Khir Rahman, bapanya kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor, lapor Astro Awani.

Khir berkata, bapanya kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

"Beliau (A Rahman) kini hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan. Tidaklah pasti selama mana," kata Khir dalam kenyataan yang diedarkan kepada media pada Rabu.

Sehubungan itu, Khir mewakili keluarganya memberi kebenaran bagi mana-mana kenalan untuk menziarahi ayahnya.

"Semoga perjalanan Abah dipermudahkan. Aamiin ya rabbal alamin," ujar Khir lagi.

Pada Selasa, A. Rahman dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Khir Rahman mohon doakan kesembuhan bapa

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.