Yadim seru beri keadilan kepada Dr Zakir Naik

Nik Omar Nik Abdul Aziz
Nik Omar Nik Abdul Aziz
A
A
A

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyeru agar prinsip Keadilan Asasi diberikan kepada Dr Zakir Naik yang telah menyatakan kesediaan untuk dibicarakan sekiranya diberi jaminan keselamatan dan keadilan.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tekanan yang berterusan diambil oleh pihak berkuasa ke atas Dr Zakir sejak 2017 adalah satu bentuk pencabulan terhadap hak asasi manusia yang amat dikesali.

“Tambahan pula kesemua pertuduhan tersebut masih belum dibuktikan bahkan terdapat beberapa cubaan pertuduhan telah pun digugurkan oleh mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: PM banding status Zakir dengan ekstradisi Sirul

“Yadim meyakini seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya adalah sesuatu yang wajar dihayati dan dipertahankan oleh semua pihak yang menjunjung tinggi konsep kedaulatan undang-undang dan kerahmatan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa Malaysia tidak akan memenuhi permintaan India untuk mengekstradisi Dr Zakir ke negara itu.

Menurutnya, sebelum menerima permohonan ekstradisi daripada pemerintah India, kerajaan Malaysia perlu mengetahui apa yang berlaku kepada individu berkenaan.

Dalam pada itu Nik Omar berkata, atas sifat keadilan, hak asasi manusia dan integriti perundangan yang menjadi antara teras kepada konsep rahmat dalam Islam, Yadim berpandangan, pendirian Dr Mahathir dalam isu penceramah terkenal itu wajib dipertahankan oleh segenap lapisan masyarakat.

“Prinsip menjamin keadilan adalah salah satu daripada teras Maqasid Syariah yang telah diberi penekanan sama ada secara langsung seperti yang dinukilkan oleh Allamah Ibn Asyur atau tidak langsung seperti Jasser Auda.

Artikel Berkaitan:

“Jaminan keadilan bagi Islam adalah suatu teras yang wajib dipertahankan sungguhpun kepada bukan Islam. Ini kerana konsep rahmat dalam Islam jauh melangkaui sempadan agama, bangsa dan negara,” katanya.