Syazlin sertai semula inkues

Syazlin bercakap pada sidang media bertempat di Majlis Perundingan Melayu, Jalan Ledang Off Jalan Duta. - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor.
Syazlin bercakap pada sidang media bertempat di Majlis Perundingan Melayu, Jalan Ledang Off Jalan Duta. - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor akan menyertai semula prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perkara itu diumumkannya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau akan kembali menyertai pasukan peguam keluarga Muhammad Adib sebagai pihak-pihak berkepentingan.

"Setelah berbincang dengan keluarga Muhammad Adib, mereka meminta saya terus berada di dalam prosiding itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk memanggil semula Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Shahrom Abdul Wahid.

"Iya, saya akan membuat permohonan kepada mahkamah," katanya.

Prosiding inkuri itu yang ditangguhkan pada 27 Mei lalu akan bersambung 26 Jun depan.

Artikel Berkaitan: