Cadang Nurul Izzah ganti Waytha Moorthy

Hasbie
Hasbie
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menggantikan P Waytha Moorthy.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata, dalam suasana penolakan serius rakyat terhadap P Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan itu harus segera ditukar dan Nurul Izzah dilihat sebagai individu sesuai.

“Beliau (Nurul Izzah) seorang pemimpin muda yang berpotensi dan berpengaruh, membazir jika khidmatnya tidak digunakan dalam kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini pemimpin Parti Hindraf Malaysia itu dilantik menjadi menteri kerana suara parti itu dikatakan lebih kuat berbanding parti India lain.

Bagaimanapun katanya, insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya 26 Nov lalu telah membuktikan kegagalan P Waytha Moorthy menjalankan tanggungjawabnya.

Atas dasar itu menurut Hasbie, kerajaan tidak wajar mengekalkan individu yang ditolak rakyat dalam kerajaan kerana ia bakal memberi impak negatif dan oleh itu, beliau berharap satu keputusan dapat dicapai bagi mententeramkan netizen.

“Saya telah bercakap dengan Pemuda Amanah Terengganu mengenai perkara ini dan mereka setuju Nurul Izzah dipilih menggantikan P Waytha Moorthy,” katanya.

Artikel Berkaitan: