20 kampung terjejas letusan Gunung Sinabung

Letusan Gunung Sinabung mengakibatkan asap tebal memenuhi ruang udara dan tersebar sehingga ke Aceh.
A
A

INDONESIA - Sekurang-kuranganya 20 buah kampung terjejas akibat letusan Gunung Sinabung terletak di Tanah Karo, Indonesia.

Gunung Sinabung dilaporkan meletus dengan ketinggian sehingga 7,000 meter di atas puncak dan kira-kira 9,460 meter dari paras laut.

Letusan tersebut dikatakan terbesar berlaku pada tahun ini mengakibatkan asap tebal memenuhi ruang udara dan tersebar sehingga ke Aceh.

Memetik Metropekanbaru, penduduk sekitar dinasihatkan agar menjauhkan diri dari zon merah yang telah ditetapkan.

Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik Agensi Pengurusan Bencana Daerah Karo, zon merah tersebut sangat bahaya untuk sebarang aktiviti menyelamat daripada fenomena alam semulajadi ini.

Penduduk setempat juga dipindahkan dan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti seharian mereka buat sementara waktu.

Ketika ini, Gunung Sinabung berada di dalam status tahap III (tahap berjaga-jaga) bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada 20 Mei 2019, Pusat Pengendalian Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) telah menurunkan status Gunung Sinabung dari tahap IV awas hingga tahap III siaga.

end.. cap 1- Gunung Sinabung dilaporkan meletus dengan ketinggian sehingga 7,000 meter di atas puncak dan kira-kira 9,460 meter dari paras laut. - Metropekanbaru


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia