Tindakan Dr Mahathir pertimbangan yang wajar

Zakir Naik
Zakir Naik
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu ekstradisi penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik sebagai pertimbangan yang wajar kerana melihat kepada buruk dan baik keadaan sekarang.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan Dr Mahathir boleh dilihat sebagai siyasah syariah.

“Di dalam siyasah syariah ada perkara yang harus boleh diharamkan dan perkara yang haram boleh diharuskan ia bergantung kepada situasi.

“Pihak berkuasa sewajarnya mengurus sesuatu perkara dengan melihat baik buruknya sebelum membuat pertimbangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhamad Shukri berkata, sekiranya Malaysia berpendapat dengan mematuhi ataupun menyerahkan ekstradisi itu lebih baik, maka perlulah dilakukan.

Artikel Berkaitan: