Pelajar dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

Penduduk kampung turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Busu, Raub petang tadi. Gambar kecil:Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi
Penduduk kampung turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Busu, Raub petang tadi. Gambar kecil:Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi
A
A
A

RAUB - Keriangan tiga sahabat untuk mengambil gambar bertukar tragedi setelah salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam Sungai Jeram Busu di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang tadi, mangsa, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi,13, dari Kampung Ulu Renggol, Raub itu masih belum ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 9.30 malam ini.

Ketua Polis Raub, Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sega bersama dua rakannya pergi ke pusat rekreasi tersebut untuk mengambil gambar.

Menurutnya, mangsa terjatuh ke dalam sungai dan gagal diselamatkan oleh dua rakannya.

"Aduan dan panggilan diterima di Balai Polis Dong pada jam 6.20 petang tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di tebing sungai sahaja memandangkan cuaca gelap.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub dan lima anggota polis bersama 40 penduduk kampung turut membantu dalam operasi ini," katanya kedalaman sungai kira-kira 1.5 meter dan pasirnya jerlus.

Tambahnya, operasi tersebut akan bersambung pagi esok.

Artikel Berkaitan: