Malaysia alu-alukan pelaburan yang meningkatkan kemahiran, gaji

Guan Eng (dua, kiri) dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa (kiri) menandatangani plak selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pemegang saham antara Join Overseas Infrastructure Investment Corporation (JOIN) dengan TASCO Berhad pada majlis hari ini. Foto: Bernama
Guan Eng (dua, kiri) dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa (kiri) menandatangani plak selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pemegang saham antara Join Overseas Infrastructure Investment Corporation (JOIN) dengan TASCO Berhad pada majlis hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mengalu-alukan sebarang pelaburan daripada luar negara -- terutamanya dari Jepun -- yang akan meningkatkan kemahiran dan gaji pekerja Malaysia.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelaburan seumpama itu akan meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia menerusi penggunaan teknologi.

Berucap pada majlis menandatangani perjanjian pemegang saham antara Perbadanan Pelaburan Infrastruktur Luar Negara Jepun (JOIN) bagi sektor Pengangkutan dan Pembangunan Bandar dan Tasco Bhd di sini, hari ini,

Beliau berkata JOIN boleh menjadi jambatan yang menghubungkan syarikat Malaysia ke bahagian lain dunia menerusi rangkaian globalnya dan hubungan terus kepada perbadanan terbesar Jepun.

Menerusi pemeteraian perjanjian itu, JOIN, dana kerajaan-swasta Jepun khusus untuk pelaburan infrastruktur di luar negara, mengambil alih 30 peratus kepentingan dalam Tasco-Yusen Gold Cold Sdn Bhd, cabang logistik rantaian sejuk Tasco, bagi RM125 juta.

Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Lim dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.

"Pelaburan JOIN di Malaysia membuktikan keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan dan dasar-dasar untuk menggalakkan perdagangan dan pembangunan infrastruktur lebih baik,” katanya.

Beliau berkata JOIN akan berkongsi pengetahuan dan teknologinya yang akan memberi manfaat kepada industri logistik rantaian sejuk. -Bernama

Artikel Berkaitan: