X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Semenyih banjir kilat

Sebuah sekolah rendah agama turut dinaiki air.
A
A

SEMENYIH - [DIKEMASKINI] Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Semenyih mengakibatkan banjir kilat dan pokok tumbang.

Menurut sumber, hujan sejak jam 2 petang itu turut menyebabkan jalan di hadapan Klinik Kesihatan Kajang di sini banjir.

Hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan Bandar Teknologi Kajang, pokok tumbang dan paras Sungai Semenyih naik ketika hujan lebat.
Hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan Bandar Teknologi Kajang, pokok tumbang dan paras Sungai Semenyih naik ketika hujan lebat.

"Kawasan lain yang turut terjejas akibat banjir di Sekolah Rendah Agama Kampung Sesapan Batu Minangkabau dan Kampung Sesapan Batu Rembau," katanya.

Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih turut menerima panggilan kecemasan berhubung kes pokok tumbang di Kampung Sentosa kira-kira jam 4.54 petang.

Sepasukan lima anggota dan pegawai dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian, pasukan berkenaan mendapati pokok berkenaan tumbang dan menghalang jalan utama penduduk kampung itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang terlibat memotong pokok berkenaan dengan menggunakan alat pemotong dan parang serta mengalihkan ke bahu jalan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!