Ayah mohon maaf...: PU Abu

PU ABU SUFYAN. Foto: INSTAGRAM
PU ABU SUFYAN. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENDAKWAH muda yang lahir dari program realiti Pencetus Ummah (PU) Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu Sufyan berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak sulungnya.

Menurut Abu, 23, putera sulungnya itu selamat dilahirkan pada 7 Jun lalu.

“Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.

“Ain 'Afini, terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan,” tulisnya.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar anak dan Ain tabah melalui liku-liku hidup dan turut mengingatkan PU Abu agar tidak lagi mengecewakan hati wanita.

Sebelum ini kisah rumah tangga antara PU Abu dan Ain 'Afini, 21, menjadi perhatian ramai selepas wanita tersebut mendedahkan kecurangan suaminya ketika sarat hamil anak pertama.

Artikel Berkaitan:

Namun pasangan ini disahkan bercerai buat kali kedua 15 Mei lalu dan pernah bercerai kali pertama pada 28 Januari lalu sebelum rujuk semula pada 23 Februari.

Abu Sufyan bernikah dengan Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018 dan kini bergelar suami kepada ahli perniagaan, Hana Azraa.