Kes Kuala Koh: TPM gesa tangani sebaik mungkin

Gambar yang dikongsikan Wan Azizah di laman mikro Twitter miliknya hari ini.
Gambar yang dikongsikan Wan Azizah di laman mikro Twitter miliknya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua agensi terlibat memastikan isu orang asli Kuala Koh, Gua Musang ditangani sebaik mungkin.

Melalui Twitter miliknya, Timbalan Perdana Menteri berkongsi mempengerusikan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkembangan terkini situasi orang asli Kuala Koh.

Beliau menegaskan perkara melibatkan nyawa rakyat adalah isu besar yang perlu perhatian khusus dan tindakan menyeluruh.

"Setiap agensi terlibat akan memastikan isu ini ditangani sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Orang ramai dilarang masuk Kuala Koh

Terdahulu mesyuarat tergempar itu membincangkan perkembangan terkini situasi di Kuala Koh yang dihadiri wakil pelbagai agensi berkaitan dalam operasi di penempatan orang asli terbabit.

Gambar yang dikongsikan Wan Azizah di laman mikro Twitter miliknya hari ini.
Gambar yang dikongsikan Wan Azizah di laman mikro Twitter miliknya hari ini.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri akan turun ke kawasan penempatan orang asli berkenaan bagi meninjau perkembangan terkini, Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 8 Jun lalu Sinar Harian melaporkan nyawa masyarakat orang asli kawasan kampung itu terancam susulan seramai 13 penduduk menderita penyakit misteri malah ada yang meninggal dunia.

Terdapat dakwaan penyakit yang dideritai penduduk itu berpunca dari sumber air tandak yang tercemar dengan perlombongan bijih besi yang beroperasi sejak empat tahun lalu.

Sehingga semalam polis mengesahkan dua kematian orang asli di kawasan tersebut berpunca penyakit jangkitan paru-paru hasil bedah siasat.

Bagaimanapun punca jangkitan itu masih belum dapat dipastikan.