'Ainul anak mama paling kuat'

Rasa syukur yang terzahir dalam hantaran ibu adik Ainul apabila memberitahu bayinya itu stabil selepas menjalani pembedahan.
Rasa syukur yang terzahir dalam hantaran ibu adik Ainul apabila memberitahu bayinya itu stabil selepas menjalani pembedahan.
A
A
A

LONDON - “Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat-cepat sihat ya Ainul,” kongsi ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi melalui Instagram miliknya selepas bayinya itu menjalani pembedahan semalam.

Perkongsian oleh Erwani itu jelas memberitahu bahawa Ainul selamat sepanjang operasi dan disahkan stabil.

“Alhamdulillah syukur pada ALLAH. Pertolongan ALLAH sentiasa ada. Teruskan pergantungan pada ALLAH. Ainul, anak mama paling kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik'

“Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat-cepat sihat ya Ainul, nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan Ainul,” katanya dalam hantaran di Instagramnya semalam.

Gambar yang dimuat naik oleh bapa Ainul di laman sosial Facebook miliknya.
Gambar yang dimuat naik oleh bapa Ainul di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Erwani juga berkongsi ucapan penghargaannya dalam hantaran berbeza kepada semua doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut sehingga berjaya.

“Terima kasih pada semua doktor dari pelbagai bidang yang sama sama bekerjasama untuk pastikan semua ini berjaya.

Artikel Berkaitan:

“Syukur, perancangan ALLAH paling indah sekali. Teruskan selit doa untuk Ainul di setiap solat kita. Ainul perlukan semangat kita untuk dia terus kuat. Thank you (terima kasih) semua,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Ainul berbaju kurung ungu

Bapa Ainul juga, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak turut berkongsi rasa syukurnya di laman Facebooknya semalam sehingga hantarannya itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menantikan maklumat lanjut berkaitan keadaan anaknya itu.

Dalam hantaran terdahulu di Facebook bapa Ainul, beliau memberi kata-kata semangat kepada anaknya itu biarpun tidak dapat menemani, namun yakin di dalam bilik rawatan itu dipenuhi oleh malaikat untuk menjaga anaknya.

“Walaupun mama dengan walid tak dapat teman, tapi kami berdua yakin, di dalam bilik itu sedang dipenuhi para malaikat yang dikirim ALLAH untuk menjagamu anak.

“Apapun jawapan ALLAH, mama dengan walid akan terus reda dan bersyukur,” katanya.

Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor' bersama bapa dan ibunya, berlepas ke United Kingdom hujung Mei lalu bagi menjalani pembedahan.