Calon SPM maut kemalangan

Mangsa yang juga pelajar SMK Sultan Ismail 2 meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus kemalangan berlaku.
Mangsa yang juga pelajar SMK Sultan Ismail 2 meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus kemalangan berlaku.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut apabila tercampak ke atas pengadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 157 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Restoran Bangkok Kitchen Geliga, di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Mohd Azmi, 17, yang mengalami pendarahan di muka dan kepala maut di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail 2 sedang menunggang motosikal berseorangan menghala ke arah Kuala Terengganu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC ditunggang mangsa yang tinggal di Kampung Mak Cili Paya, di sini, hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian lalu terbabas menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak ke pengadang jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Tempat kejadian adalah jalan berselekoh dan dua lorong satu hala.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: