Pemandu maut, kereta terbabas langgar tembok batu

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kuala Lumpur, pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas merempuh tembok batu di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an didapati terbabas sendiri dan melanggar tembok batu di kiri jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, dalam kes yang berlainan, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 27 tahun terbalik selepas melanggar sisi sebuah kenderaan pelbagai guna yang diparkir di tepi jalan di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

"Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

Artikel Berkaitan: