Dadah NPS kalis ujian urin

Gambar kecil, Zulkifli Ali.
Gambar kecil, Zulkifli Ali.
A
A
A

POLIS Diraja Malaysia melahirkan kebimbangan dengan kemunculan dadah jenis new psychoactive substances atau bahan psikoaktif baharu (NPS) yang dikesan mula dijual di pusat-pusat hiburan di negara ini sejak tahun 2016.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Zulkifli Ali berkata, NPS mula menjadi pilihan kaki-kaki kelab sejak kebelakangan ini kerana ia memberi kesan khayal sama seperti dadah lain tetapi tidak boleh dikesan melalui ujian air kencing.Malah, katanya, dadah NPS yang dihasilkan melalui campuran bahan kimia gantian setakat ini belum digazetkan di bawah mana-mana akta dan menyebabkan tindakan sewajarnya tidak dapat diambil di bawah undang-undang dadah sedia ada.

Sukar dikesanKatanya, bahan psikoaktif baharu tersebut benar-benar mencabar JSJN untuk membanteras aktiviti pengedaran sekali gus penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini kerana NPS sukar dikesan.

Dadah NPS biasanya direka bentuk daripada gabungan bahan kimia untuk meniru kesan dadah lain dan di Malaysia paling popular menyerupai pil ekstasi.

"Apabila polis buat rampasan, kita sendiri tidak tahu bahawa itu adalah NPS sehinggalah bahan itu dihantar ke Jabatan Kimia. Misalnya, pil ekstasi, bahan asas kimia dalam pil ekstasi adalah amphetamine tetapi apabila dianalisis oleh Jabatan Kimia, pil itu tidak mengandungi amphetamine sebaliknya mengandungi bahan lain yang tidak tersenarai dalam jadual akta akta dadah. Inilah kategori NPS.

“Kesannya memang sama seperti dadah ekstasi. Kesan khayalnya hampir menyamai dadah asal,” katanya dalam satu wawancara khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, mengikut rampasan sebelum ini, pil ekstasi, ganja, ketamin dan syabu ialah empat jenis dadah yang mengandungi NPS antaranya sintetik cannabiniod serta sintetik cathinone.

"Rata-rata yang kita tangkap, mereka kata dadah itu kick dan khayal,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tangkapan penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini kerana NPS sukar dikesan.

Dadah NPS biasanya direka bentuk daripada gabungan bahan kimia untuk meniru kesan dadah lain dan di Malaysia paling popular menyerupai pil ekstasi.

"Apabila polis buat rampasan, kita sendiri tidak tahu bahawa itu adalah NPS sehinggalah bahan itu dihantar ke Jabatan Kimia. Misalnya, pil ekstasi, bahan asas kimia dalam pil ekstasi adalah amphetamine tetapi apabila dianalisis oleh Jabatan Kimia, pil itu tidak mengandungi amphetamine sebaliknya mengandungi bahan lain yang tidak tersenarai dalam jadual akta akta dadah. Inilah kategori NPS.

“Kesannya memang sama seperti dadah ekstasi. Kesan khayalnya hampir menyamai dadah asal,” katanya dalam satu wawancara khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, mengikut rampasan sebelum ini, pil ekstasi, ganja, ketamin dan syabu ialah empat jenis dadah yang mengandungi NPS antaranya sintetik cannabiniod serta sintetik cathinone.

"Rata-rata yang kita tangkap, mereka kata dadah itu kick dan khayal,” katanya.

Akui Zulkifli, kini menjadi satu cabaran besar buat semua pihak berwajib untuk mengesan dadah jenis NPS dalam pasaran apabila penjenayah mencampurkan pelbagai jenis bahan kimia tidak terjadual bagi mengubah struktur dadah berkenaan supaya lolos daripada dikenakan tindakan

Menjelaskan lebih lanjut, Zulkifli berkata, kali pertama rampasan dadah NPS telah dilaporkan adalah pada tahun 2016 di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Ketika itu polis rampas ganja sebanyak 22 gram bersama pelbagai jenis dadah yang lain di dalam sebuah rumah di Kuala Lumpur dan menangkap seorang rakyat tempatan. Polis hantar dadah itu ke Jabatan Kimia dan Jabatan Kimia maklumkan ia adalah sintetik cannabiniod yang tidak terjadual dalam mana-mana akta ketika itu. Hasil laporan analisis menunjukkan tiada kandungan ganja.

“Setakat ini Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadualkan sebanyak 44 jenis NPS termasuk prekursor di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, bagi data di seluruh dunia pula dari tahun 2009 hingga kini dianggarkan melebihi 900 jenis NPS telah dikesan.

Zulkifli berkata, di negara ini harga jualan dadah NPS di pusat hiburan masih sukar ditentukan namun ia dianggarkan serendah RM20 bagi sebiji pil.

Menurutnya, pembuat dadah NPS terdiri daripada ahli kimia tidak bertauliah yang belajar memproses dadah hanya melalui internet dan rakan-rakan. “Mereka menggunakan bahan kimia gantian untuk membuat dadah. Ini yang wajar kita bimbangi kerana bahan NPS masih tidak tersenarai dalam jadual dadah,” katanya.Dadah NPS

Bahan psikoaktif baharu atau new psychoactive substances (NPS) menyerupai kesan seperti dadah kelas A yang lain seperti ganja, kokain dan ekstasi. Ia dihasilkan dengan mengubah sedikit struktur kimia dadah terkawal menjadikannya sukar dikesan.