Dadah NPS pula dah!

No Image Caption
A
A
A

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan kebimbangan dengan kemunculan dadah jenis new psychoactive substances atau bahan psikoaktif baharu (NPS) yang dikesan mula dijual di pusat-pusat hiburan di negara ini sejak 2016.

NPS mula menjadi pilihan kaki kelab sejak kebelakangan ini kerana ia memberi kesan khayal sama seperti dadah lain tetapi tidak boleh dikesan melalui ujian air kencing.

Malah, dadah NPS yang dihasilkan melalui campuran bahan kimia gantian setakat ini belum digazetkan di bawah mana-mana akta dan menyebabkan tindakan sewajarnya tidak dapat diambil di bawah undang-undang dadah sedia ada.

Bahan psikoaktif baharu tersebut mencabar JSJN untuk membanteras aktiviti pengedaran sekali gus penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini kerana NPS sukar dikesan.

Ikuti laporan penuh Sinar Siasat dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: