Pantau Pneumonia, elak merebak ke Pahang

Wathya (kiri) melawat anak orang asli Kuala Koh yang dirawat di Hospital Kuala Krai.
Wathya (kiri) melawat anak orang asli Kuala Koh yang dirawat di Hospital Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang diminta pantau penularan radang paru-paru di perkampungan orang asli di negeri berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy berkata, pihak terbabit perlu memantau kemasukan orang asli Kuala Koh di Gua Musang masuk ke negeri berkenaan.

"Berikutan itu, penghijrahan orang asli di kedua-dua negeri tersebut perlu dihadkan atau dipantau secara rapi bagi memastikan jangkitan tidak tersebar luar," katanya ketika melawat anak masyarakat orang asli masih dirawat di Hospital Kuala Krai semalam.

Sementara itu, Waytha Moorthy berkata, dua daripada 13 orang asli yang meninggal dunia itu dikebumikan manakala selebihnya disemadikan secara adat.

"Setakat ini tidak ada keputusan dibuat untuk gali semula kubur mereka sebagai menghormati sensitiviti masyarakat orang asli," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang berada di bawah pemantauan doktor dan pakar di Hospital Kuala Krai stabil.

"Ada dalam kalangan mereka akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Berkaitan: