Penyakit mudah berjangkit melalui udara: Dr Zaini

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU – Orang ramai dinasihati supaya tidak berhubung secara terus dengan Orang Asli Bateq atau berada lokasi terjejas di Kuala Koh, Gua Musang.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, masyarakat perlu mengurangkan perhubungan dengan komuniti di sini kerana penyakit ini mudah berjangkit melalui udara.

"Usaha itu dilakukan bagi mengurangkan bilangan pesakit yang terjejas selain mengelak berlakunya sebaran jangkitan ke lokasi lain.

“Jika ada pihak mahu menyalurkan bantuan mereka dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa).

Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy di Pejabat Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.

Dalam pada itu, Waytha Moorthy berkata, semua pihak perlu mengelak daripada membuat spekulasi atau meletakkan isu ini sebagai bencana.

"Tiada keperluan untuk kuarantin orang asli yang sihat ke kawasan lain tetapi Jabatan Kesihatan negeri melakukan pengasingan membabitkan pesakit yang terjejas sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Sah 14 Orang Asli Bateq maut akibat Pneumonia

Tabung bantuan orang asli Kuala Koh diwujudkan

Orang Asli Bateq tidak sedap badan sejak April