Lelaki warga India maut dipercayai akibat dipukul

Mazuki Mat
Mazuki Mat
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga India maut dipercayai akibat dipukul di sebuah kedai gunting rambut di Selasar Rokam 11, Pekan Razaki di sini semalam.

Mangsa, M Thambusamy, 56, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 2.35 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian mangsa pada jam 9.10 pagi.

“Susulan itu, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat 15 kesan tompokan darah yang telah dilap di atas lantai, dinding dan sofa serta tempat tidur suspek di belakang kedai.

“Kedai tersebut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun ia tidak beroperasi kerana mengalami kerosakan. Bagaimanapun dekoder CCTV terbabit telah dirampas," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sehelai baju dan sepasang kasut yang dipercayai milik suspek.

“Tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun telah ditahan dan direman tujuh hari sehingga 15 Jun bagi membantu siasatan.

"Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada jam 8.30 pagi esok bagi mengetahui motif kejadian dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mazuki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.