Pelajar maut motosikal dinaiki terbabas

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini malam tadi. (Gambar kecil: Syafi Nurhazim)
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini malam tadi. (Gambar kecil: Syafi Nurhazim)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Syafi Nurhazim Md Said, 17, yang menuntut di Kolej Vokasional Md Zain, Alor Gajah maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa yang beralamat di Subang Jaya, Selangor dan menunggang motosikal Yamaha LC dikatakan dalam perjalanan dari arah Gangsa menghala ke Durian Tunggal.

"Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas pada pembahagi jalan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: