16 PATI ditahan di pusat beli-belah

90 individu diperiksa dan hasilnya 16 PATI lelaki berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen.
90 individu diperiksa dan hasilnya 16 PATI lelaki berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) menerusi serbuan Ops Belanja di sebuah pusat beli-belah di Lingkaran Syed Putra, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan dilakukan bermula jam 4 petang melibatkan 14 pegawai dan anggota.

Menurutnya, seramai 90 individu diperiksa dan hasilnya 16 PATI lelaki berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen.

Antara PATI yang ditahan menerusi Ops Belanja di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.
Antara PATI yang ditahan menerusi Ops Belanja di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.

"PATI ini terdiri daripada 12 warga India, Pakistan (2), Pakistan (1) dan Bangladesh (1).

"Mereka dibawa ke Depoh Bukit Jalil untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rata-rata PATI ini bekerja sebagai penjaga serta pekerja premis.
Rata-rata PATI ini bekerja sebagai penjaga serta pekerja premis.

Beliau berkata, siasatan mendapati rata-rata PATI ini bekerja sebagai penjaga serta pekerja premis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semasa serbuan, pihaknya berdepan dengan provokasi oleh majikan dan segelintir PATI, bagaimanapun perkara itu berjaya dikawal dengan baik.

"Imigresen akan teruskan operasi sebegini dalam usaha membanteras PATI dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang," katanya.