Lelaki kurang siuman ditahan cuba pecah mesin ATM

TAWAU - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas cuba memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Perbandaran di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 8.20 pagi selepas mendapat maklumat orang awam mengenai kehadiran suspek yang mencurigakan di ruang lobi bank berkenaan.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek masuk ke lobi bank yang menempatkan mesin ATM pada jam 8.10 pagi dan cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM tetapi gagal.
"Suspek kemudian keluar mengambil sebatang kayu di luar bank yang digunakan untuk menghadang pintu masuk ruang lobi ekoran ketika cubaannya memecah mesin itu terdapat orang awam yang mahu masuk ke bank tetapi dihalau," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, suspek dipercayai cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM menggunakan dawai pin kertas yang diambil dari tong sampah tetapi tidak berjaya.
"Suspek kemudian bertindak menarik pintu luar mesin ATM menggunakan tangan sehingga terbuka, namum pintu peti besi simpanan wang masih dalam keadaan sempurna," katanya.
Nor Azizulkifli berkata, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan bertugas dan penggera keselamatan turut tidak berbunyi.
"Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai kurang siuman serta berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.
"Berdasarkan kenyataan beberapa saksi awam, suspek sering berkeliaran di kawasan bank dan bandar Tawau sejak beberapa bulan lepas," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Tangkal 'kebal', pakaian musuh Op Daulat dipamer kepada umum
Sarawak mahu terus maju, makmur dalam Malaysia - Abang Johari
Perjuang hak Sabah bukan bermakna menjauh daripada Malaysia - Hajiji
Kelewatan kuat kuasa penarafan Malaysia TVET Rating 2026 jejas pengambilan anak Sabah - ADUN Likas
Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku Nadzaruddin
Mayat pemancing ditemui terapung disahkan Mohd Shahril
'Apa nak dimalukan, saya anggap ini ‘hadiah’ daripada ALLAH’
Bangunan Pasti terbakar
