Barang kemas hilang, cermin kereta dipecah depan masjid

Cermin kereta Exora yang dinaiki pasangan suami isteri dipecah penjenayah ketika mereka sedang solat maghrib di Masjid Khariah Mukim Chabang Empat.
Cermin kereta Exora yang dinaiki pasangan suami isteri dipecah penjenayah ketika mereka sedang solat maghrib di Masjid Khariah Mukim Chabang Empat.
A
A
A

TUMPAT - Pasangan suami isteri kerugian RM21,000 apabila beg tangan berisi barang kemas dan wang tunai lesap selepas cermin keretanya dipecahkan di hadapan Masjid Khairiah Mukim Chabang Empat di sini semalam.

Mangsa yang juga nelayan berusia 44 tahun bersama isteri dari kampung Kedai Geting di sini singgah ke masjid itu kira-kira jam 7 petang untuk menunaikan solat Maghrib.

Mereka menyedari kejadain itu apabila melihat cermin kereta sebelah kiri miliknya dipecahkan selepas keluar dari masjid sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, beg tangan isteri mangsa diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan di dalam kereta yang berkunci di hadapan masjid tersebut.

"Mangsa menaiki kereta Exora berwarna merah singgah di masjid tersebut. Pasangan suami isteri itu masuk ke dalam masjid namun kereta yang ditinggalkan itu dipecahkan orang.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan barang kemas milik isterinya, wang tunai RM1,000 dan telefon jenama Vivo," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, suspek sedang dikesan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: