Video tular lelaki sembah tokong undang pelbagai reaksi

‘Pak lebai’ sembah tokong mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas rakaman video tular sejak kelmarin.
‘Pak lebai’ sembah tokong mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas rakaman video tular sejak kelmarin.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Rakaman video memaparkan seorang lelaki sedang menyembah di sebuah tokong di sebuah taman perumahan di Tanjung Piandang di sini telah mengundang pelbagai reaksi ramai.

Video berdurasi 15 saat itu yang tular di media sosial sejak kelmarin memaparkan lelaki memakai kain pelikat, berbaju putih dan memakai kopiah dilihat sedang melakukan upacara sembahyang sambil memegang colok.

Difahamkan, setakat ini dua laporan polis telah dibuat berhubung rakaman video tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penularan video berkenaan.

“Perkara tersebut telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: