Menang Bezza menjelang 1 Syawal

Nurul Huda bersama Bezza yang dimenanginya dalam program cabutan bertuah Karnival Riuh Raya.
Nurul Huda bersama Bezza yang dimenanginya dalam program cabutan bertuah Karnival Riuh Raya.
A
A
A

KUANTAN- Sudah tersurat, rezeki tak ke mana nama ibu hamil lapan bulan terpilih untuk kali kedua cabutan hadiah utama perodua Bezza bernilai lebih RM30,000!

Nama Nuurul Huda Hayati Ibrahim sudah pun dipanggil untuk hadiah cabutan bertuah berupa hamper, namun beliau tiada menyebabkan ia terbatal.

Menurutnya, kemungkinan ketika dipanggil kali pertama dia dan keluarga masih dalam perjalanan dari rumah mertuanya di Pekan.

"Sudah tertulis rezeki anak. Tak sangka sekali lagi kupon saya terpilih untuk cabutan hadiah utama pula. Saya masih tak percaya! Betul ke ni?"

"Saya terkedu tak tahu nak cakap apa, tapi Alhamdulillah masuk bulan Syawal tiba tiba menang kereta. Memang tak sangka," katanya, sambil istighfar beberapa kali.

Beliau ditemui sejurus tamat malam kemuncak akhir Karnival Riuh Raya Bukit Sekilau di sini, menjelang 1 Syawal lalu.

Hadir sama menyampaikan hadiah utama, Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, Mersing itu berkata, beliau dan suami Muhammad Ashaari Sulaiman, 32, datang berbelanja di karnival tersebut bersama tiga anak mereka berusia 2 tahun 5 bulan hingga 5 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dia sekeluarga membelanjakan hampir RM600 di karnival tersebut sejak minggu kedua Ramadan.

Setiap nilai RM100 yang dibelanjakan, pengunjung karnival layak mengisi satu kupon dan ini bermakna Nuurul Huda mencuba lebih kurang lima kupon cabutan bertuah.

"Saya sebenarnya tak ingat berapa banyak kupon diisi. Mungkin lima kupon atau lebih sebab saudara mara yang berbelanja di sini pun ramai dan mereka kata, mereka isi nama saya.

"Alhamdulillah syukur sekali lagi. Masin mulut saudara mara yang kata tuah baby baru. Sebab saya hamil lapan bulan dah. 23 Jun ini djangka bersalin. Doakan saya ya," katanya.