Sila log masuk terlebih dahulu.

Dipenjara lapan bulan, takutkan mekanik dengan pistol tiruan 

A
A
A
Dipenjara lapan bulan, takutkan mekanik dengan pistol tiruan

BERITA SEMASA 8 MEI 2023

Seorang pekerja kedai telefon dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menakut-nakutkan dan mengacukan pistol tiruan terhadap seorang mekanik.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Low Zhao Yuan didakwa telah menakut-nakutkan secara jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zulhusni Mohamad Amin di tepi jalan berhadapan bangunan Melaka Mall, Jalan Lebih Ayer Keroh, kira-kira jam 12.17 tengah malam, pada 28 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan mengandungi enam butir peluru di tempat dan masa sama.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadapnya bagi pertuduhan pertama manakala enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Majistret Mazana Sinin memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan, 28 April 2023.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/257421/berita/semasa/samseng-jalan-raya-acu-pistol-dipenjara-lapan-bulan

#BeritaSemasa #SinarHarian