X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Hakim NZ benar dedah wajah pengganas serang masjid di Christchurch

Brenton Tarrant
A
A

WELLINGTON - Hakim di New Zealand semalam memutuskan rangkaian media kini boleh mendedahkan wajah pengganas yang melancarkan serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch dan meragut 51 nyawa pada 15 Mac lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander memaklumkan, beliau membuat keputusan itu selepas pendakwa raya memberitahu tiada lagi keperluan untuk menyembunyikan wajah pelampau kulit putih berhaluan kanan, Brenton Tarrant, 28.

Sebelum ini, dua mahkamah di New Zealand melarang stesen TV, laman web, akhbar dan media lain mengeluarkan atau menerbitkan gambar Tarrant.

Keputusan itu bagaimanapun gagal menghentikan penyebaran gambar pengganas terbabit di internet terutamanya di media sosial. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!