Mahu rakyat terus daulat institusi Raja-Raja Melayu

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan menyerahkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.

A
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, setiap lapisan masyarakat diharapkan akan terus mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri, Sultan Sallehuddin bertitah mengingatkan institusi Raja-Raja Melayu, yang menjadi identiti ketamadunan dan pemerintahan negeri beraja didaulatkan.

Baginda menggesa rakyat supaya identiti yang menjadi payung kepada perpaduan dan penyatuan masyarakat ini perlu disemarakkan.

"Ia perlu disemarakkan dalam jiwa setiap rakyat sebagai asas, pembentukan acuan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang bersatu padu di bawah payung pemerintahan beraja.

"Kesatuan dan perpaduan merupakan kunci utama dalam membina negeri dan juga negara yang maju serta mampu mengatasi pelbagai cabaran pada zaman kini," titah baginda.

Dalam titah baginda, seluruh rakyat Kedah diharapkan dapat menterjemahkan perasaan kasih sayang dan bersatu padu supaya keharmonian wujud dalam masyarakat.

Baginda turut bertitah supaya umat Islam dapat mencontohi akhlak peribadi, budi pekerti dan sifat penyayang Rasulullah SAW sebagai ikutan terbaik dalam kehidupan seharian.

"Dalam suasana Aidilfıtri ini, marilah kita mengimbau kembali akan kesungguhan Rasulullah SAW dalam mengeratkan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar serta menyantuni para sahabat Baginda dengan sebaiknya," titah baginda.

Artikel Berkaitan: