Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani

Sultan Sallehuddin diiringi Anwar dan Muhammad Sanusi ketika hadir ke Rumah Terbuka Malaysia Madani.
Sultan Sallehuddin diiringi Anwar dan Muhammad Sanusi ketika hadir ke Rumah Terbuka Malaysia Madani.
A
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, dekat sini pada Sabtu.

Ketibaan baginda disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada jam 11 pagi.

Turut mengiringi Sultan Sallehuddin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa ssbelum diteruskan dengan ucapan Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai serbu Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah