Polis giat kesan suspek pecah cermin kereta guna parang

Mohd Khalil
Mohd Khalil
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang giat mengesan seorang lagi suspek kes pecah kereta menggunakan sebilah parang yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sudah menahan salah seorang suspek utama di kawasan Simpang Renggam, sekitar jam 5.30 petang, 4 Jun lalu.

“Suspek utama ini berjaya dikesan dan tangkapan telah berjaya dibuat di kawasan Simpang Renggam. Suspek utama ini ditangkap bersama tiga orang lagi rakan sepenjenayah yang turut terlibat dalam kes jenayah samun.

“Manakala seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dikesan,” katanya di sini semalam.

Mohd Khalil berkata, dengan tertangkapnya suspek utama dan rakan sepenjenayah, Polis Johor berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun yang berlaku di sekitar daerah Johor Bahru.

Katanya, siasatan dijalankan sebelum ini mendapati salah seorang suspek utama merupakan individu yang sedang dicari atas kesalahan jenayah samun di daerah Johor Bahru Selatan.

“kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah yang boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala kes samun disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan dikenakan sebatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular di media sosial dua suspek lelaki menggunakan sebilah parang memecahkan cermin kereta milik dalam kejadian sekitar jam 5.40 petang, di Lebuh Raya Pasir Gudang, 3 Jun lalu.