Mayat bayi ditemui dalam plastik di perhentian bas

 Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Mayat bayi lelaki tanpa pakaian ditemui dalam sebuah beg plastik dipercayai dibuang di perhentian bas di Flat Sri Intan, Jalan Bukit Permai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata, mayat bayi itu ditemui seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa ternampak beg plastik dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kandungan beg plastik itu disahkan mengandungi bayi yang telah meninggal dunia selepas pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

“Pemeriksaan forensik mendapati bayi tersebut tidak mempunyai tali pusat dan telah dimasukkan ke dalam plastik putih dan plastik hitam sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan media.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengetahui pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: