‘Terima kasih bantu saya dan anak-anak’

Noordeyana (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Normah ketika memberikan sumbangan kepada keluarga itu.
Noordeyana (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Normah ketika memberikan sumbangan kepada keluarga itu.
A
A
A

KUANTAN - Kesusahan hidup sebuah keluarga yang tular dalam laman sosial Facebook beberapa hari lalu membuka mata ramai pihak untuk membantu mereka.

Normah Karim,29, berkata, dia tidak menyangka akan menerima sumbangan tidak putus-putus daripada orang ramai sehingga kini.

“Alhamdulillah, rezeki kami anak beranak tidak putus-putus. Kami terima banyak sumbangan dari dermawan.

“Terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati bantu keluarga sehingga ke tahap ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chendering hari.

Beberapa hari lalu, kisah kesusahan keluarga berkenaan yang memerlukan barang keperluan dapur ditularkan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Deyana Hatazad sehingga mengundang simpati netizen.

Deyana turut memohon kepada orang ramai untuk memberi bantuan baju raya kepada anaknya walaupun hanya pakaian terpakai.

Dalam pada itu, Normah berkata, anak-anaknya anak-anaknya juga sudah menerima sumbangan baju raya hasil sumbangan masjid berdekatan.

“Saya bersyukur kerana masih ramai insan yang prihatin dan sanggup menghulurkan sumbangan walaupun tidak mengenali keluarga kami dengan lebih dekat.

Artikel Berkaitan:

Normah bersyukur kerana menerima banyak sumbangan daripada orang ramai.
Normah bersyukur kerana menerima banyak sumbangan daripada orang ramai.

“Hanya ALLAH saja yang dapat membalas kebaikan mereka. Antara barang yang sudah saya terima adalah seperti barang keperluan asas, perabot, tilam dan pakaian.

“Apa-apa pun saya sangat menghargainya. Cuma saya tidak mahu membazir, takut barang makanan itu rosak. Penuh sudah satu rumah saya dengan barang hasil sumbangan orang ramai," katanya

Ditanya mengenai pendapatan keluarga, Normah berkata, pendapatan mereka sekeluarga bergandung kepada penjualan kelapa muda di hadapan rumah.

Jelasnya, hasil jualan itu dia memperolehi pendapatan sekitar RM600 selain suaminya yang berusia 39 tahun menjual ayam kampung.

“Dengan duit yang ada saya tak mampu membeli baju raya untuk anak-anak. Tapi mujur selepas tular, masjid berdekatan ada memberi sumbangan baju raya untuk semua anak-anak saya," katanya.

Status dan gambar yang dimuatnaik oleh Noordeyana beberapa hari lalu membantu keluarga ini menerima sumbangan orang ramai.
Status dan gambar yang dimuatnaik oleh Noordeyana beberapa hari lalu membantu keluarga ini menerima sumbangan orang ramai.

Sementara itu, Deyana Hatazad atau nama sebenarnya, Noordeyana Mohd Rashdi, 36, berkata, dia menularkan mengenai kisah keluarga ini semata-semata mahu membantu mereka terutamanya dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

“Keluarga ini kata mereka tidak mahu duit, cuma mahu barang keperluan asas, sebab katanya masalah peribadi.

“Jadi saya mohon rakan-rakan di Facebook untuk memberi bantuan kepada mereka. Alhamdulillah, banyak juga barang yang berjaya saya kumpul dan beli untuk keluarga ini,” katanya.

Beliau berkata, antara barangan yang diterimanya seperti barang keperluan asas, tilam bayi dan baju terpakai.

Sehubungan itu, Noordeyana berterima kasih di atas kesudian orang ramai membantu keluarga itu.