10 'passwords' terburuk sasaran 'scammer'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ADAKAH anda menggunakan nama anak atau nama haiwan sebagai kata laluan?

Atau adakah anda gemar memilih nama mudah seperti bon007, trustno1 atau abc123?

Menurut polis Queensland, jika jawapan anda ya, maka anda adalah salah seorang sasaran penggodam.

"Kalau menggunakan nama sebagai kata laluan, ia boleh di godam dengan mudah.

"Penggodam tahu orang ramai menggunakan kata laluan bermula huruf besar dan sering menggunakan kata laluan sama di semua laman web," katanya.

Amaran itu dikeluarkan kerana polis sering menerima kes penipuan menerusi talian yang dilihat semakin membimbangkan.

"Berita berkaitan scam, kehilangan wang dalam akaun, termasuk perniagaan yang sering dikaitkan dengan jenayah scam semakin meningkat," katanya.

Susulan itu, Australia menanggung kerugian lebih AS$8.5 juta (RM36 juta) setahun.

Artikel Berkaitan:

Syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmatan, SplashData telah menyenaraikannya.

SplashData menganggarkan hampir 10 peratus pengguna menggunakan sekurang-kurangnya kata laluan dalam senarai 25 teratas kata laluan terburuk dengan tiga peratus menggunakan kata laluan terburuk iaitu '123456'.

Berikut senarai 10 kata laluan terburuk iaitu '123456', 'password', '123456789', '12345678', '12345', '111111', '1234567', 'sunshine', 'qwerty' dan 'iloveyou'.

Senarai 100 kata laluan paling buruk termasuklah perkataan atau nombor mudah seperti '111111', 'sunshine', 'princess', '666666' dan '654321'.

Syarikat itu mencadangkan kata laluan perlu menggunakan tidak kurang 12 huruf berbeza dan setiap akaun perlu menggunakan kata laluan berlainan.

Selain itu, sekiranya buntu untuk mencipta kata laluan boleh mencuba sekurangnya 12 aksara termasuk simbol seperti $,?%, secara rawak supaya penggodam sukar menembusi sistem. - News