Op Selamat: 90 kematian, 121,590 saman dikeluarkan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 90 kematian direkodkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 15/2019 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, sejak dilancarkan 29 Mei lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, dalam tempoh sama sebanyak 8,454 kemalangan berlaku melibatkan 102,078 kenderaan.

“Selangor terus mencatat kemalangan paling tinggi 2,518 kes dengan 13 maut. Diikuti Johor (1,294 kes 11 maut), Kuala Lumpur (1,131 kes 1 maut), Pulau Pinang (736 kes, 4 maut), Perak (591 kes 10 maut), Kedah (412 kes 9 maut), Negeri Sembilan (359 kes 4 maut), Pahang (334 kes 7 maut), Melaka (286 kes 2 maut), Kelantan (186 kes 8 maut), Sabah (178 kes 4 maut), Sarawak (159 kes 10 maut), Terengganu (131 kes 3 maut) dan Perlis (42 kes 4 maut),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, sebanyak 121,590 saman telah dikeluarkan melibatkan 1,574 operasi di seluruh negara.

Sementara statistik kes pecah rumah dan premis pula sebanyak 208 kes direkodkan bagi tempoh sama. Kes pecah kediaman rumah mencatat statistik paling tinggi iaitu 131 kes diikuti pecah premis kedai (45) dan pejabat (22).

Artikel Berkaitan: