Peniaga Online sasaran scammer

Peniaga Online diminta berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali
Peniaga Online diminta berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali
A
A
A
MUKADIMAH

Dengan menggunakan telefon pintar, seseorang peniaga online akan memuat turun sesuatu aplikasi untuk memudahkan transaksi pembayaran. Bagi menyenangkan urusan perniagaan dalam talian pula, mereka meletakkan nombor telefon di media sosial sama ada Facebook (FB) atau Instagram.

Tetapi adakah tindakan mereka ini mendedahkan mereka kepada risiko penipuan jenayah siber atau scammer?

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) percaya penjenayah siber atau scammer kini menyasarkan peniaga online untuk dijadikan mangsa.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Sakri Arifin berkata, polis mengesyaki sindiket scammer menggunakan pelbagai modus operandi untuk melakukan penipuan terhadap peniaga online.

Ini kerana nombor telefon bimbit mereka yang mudah ditemui di laman sosial menjadi antara punca penjenayah menjadikan peniaga online sebagai sasaran scammer.

"Polis yakin ada sindiket menjadi dalang dan kami sentiasa memantau kegiatan ini. Banyak taktik digunakan penjenayah untuk menipu dan peniaga online mesti peka dengan taktik terkini penjenayah," katanya.

Tegas Mohd Sakri, peniaga online diminta berhati-hati terutama apabila menerima panggilan atau mesej daripada nombor tidak dikenali dan menasihati peniaga online menyemak nombor telefon atau akaun individu diragui di laman sesawang JSJK.

"Ini salah satu inisiatif JSJK untuk membantu peniaga online dan orang ramai supaya tidak mudah tertipu. Peniaga dan orang ramai boleh menyemak nombor akaun ataupun nombor telefon bimbit tersebut di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara taktik scammer adalah dengan meminta peniaga online membayar caj pemindahan wang sebelum pembayaran dilakukan dan pelbagai lagi helah.