37 GRO ditahan, 12 mahkota dirampas polis

No Image Caption
A
A
A

SUBANG - Sebanyak 37 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di USJ25, Subang Jaya dekat sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan sekitar jam 1.30 pagi itu, polis turut merampas 12 mahkota yang digunakan sebagai ‘tanda’ kadar pembayaran bagi layanan GRO di pusat hiburan terbabit.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata, kesemua wanita berusia 21 hingga 28 tahun yang terdiri daripada 36 warga Thailand dan seorang warga Kemboja ditahan sekitar jam 1.30 pagi oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit mempunyai lesen namun menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan menawarkan khidmat GRO untuk melariskan perniagaan.

“Turut ditahan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an bekerja sebagai pembantu turut ditahan bersama pengurus premis terbabit yang juga warga tempatan berusia 50-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta yang sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHTTH) 1995,” katanya.

Artikel Berkaitan: