Harga daging RM29 sekilogram

Bakri
Bakri
A
A
A

SEREMBAN - Program Mantai Perdana sempena Aidilfitri 2019 akan dianjurkan secara serentak di setiap daerah bermula 3 Jun ini.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Bakri Sawir berkata, empat lokasi dipilih untuk penganjuran di Seremban manakala lain-lain daerah hanya melibatkan satu lokasi sahaja berbanding tahun-tahun sebelumnya hanya di Paroi.

Katanya, program mantai di Seremban akan diadakan di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat; Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), Paroi; Dewan Orang Ramai Dato' Shahardin, Batu 8, Labu dan Pasar Nilai 3, Blok E, Nilai.

"Bagi daerah Kuala Pilah akan diadakan di tapak Pasar Tani Kuala Pilah; Rembau di Dewan Agora; Tampin di Kompleks Arena dan Jempol di tapak Pasar Tani Kekal Bandar Seri Jempol.

"Jelebu pula bertempat di kawasan parkir Dewan D'Sury, Kuala Klawang; Gemas di Dewan Orang Ramai Gemas manakala Port Dickson di tapak Pasar Tani Batu 4, Jalan Pantai.

"Program di Sikamat merupakan peringkat negeri yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Haji Aminuddin Harun," katanya.

Katanya, harga bagi daging lembu pejal akan dijual dengan harga RM29 sekilogram iaitu lebih murah berbanding di pasaran luar.

Sebanyak 120 ekor lembu akan disembelih di Seremban manakala 140 ekor di lain-lain daerah. Selain daging lembu, pelbagai keperluan dapur turut dijual seperti ayam, itik, puyuh, telur ayam dan sayur-sayuran yang akan dijual bermula jam 7 pagi.

Artikel Berkaitan: