Agong tidak mahu masjid jadi gelanggang politik

Baginda ketika berangkat ke majlis perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah di sini hari ini.
Baginda ketika berangkat ke majlis perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah bertitah supaya institusi masjid di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik oleh mana-mana pihak.

Titahnya, baginda juga mengingatkan supaya masjid di negeri ini perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti dan bermanfaat untuk orang ramai.

"Ini saya tekankan sekali lagi, jangan mana-mana pihak cuba mempolitik atau mengajar ilmu yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ia telah termaktub dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Pahang," titah baginda pada majlis perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah di sini hari ini.

Sementara itu, baginda turut meminta pegawai-pegawai masjid di negeri ini tampil mendaftarkan diri sebagai ahli Koperasi Pegawai-Pegawai Masjid yang dilihat dapat meningkatkan pendapatan ahli dan melakukan pelbagai aktiviti.

Titahnya, setakat ini, 2,700 orang terdiri daripada imam dan pegawai masjid telah mendaftarkan diri sebagai ahli koperasi tersebut.

Artikel Berkaitan: