YIDE perlu tiga mesin air osmosis

Ami Nardin menyerahkan cek RM80,000 kepada Muhammad Hafiz bagi pembelian dua mesin hemodialisis.
Ami Nardin menyerahkan cek RM80,000 kepada Muhammad Hafiz bagi pembelian dua mesin hemodialisis.
A
A
A

SHAH ALAM -Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) memerlukan tiga mesin Reverse Osmosis (RO) bagi menggantikan kemudahan itu yang digunakan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak lebih sembilan tahun lalu.

Pegawai perhubungan Korporat YIDE, Muhammad Hafiz Bahari berkata, kos bagi pembelian sebuah mesin sangat tinggi iaitu RM98,000.

“Kita perlukan mesin ini untuk ditempatkan di Pusat Dialisis MAIS di cawangan Shah Alam, Kuala Selangor dan Taman Melawati.

“Keadaan mesin kini yang uzur menyebabkan kerosakan sering berlaku sehingga mengganggu proses rawatan setiap hari, kos baik pulih pula tinggi,” katanya selepas menerima sumbangan dua mesin hemodialisis bernilai RM80,000 daripada WorldWide Holdings Berhad.

Sumbangan disampaikan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat WorldWide Holdings, Ami Nardin Ishak.

Muhammad Hafiz berkata, YIDE mempunyai 48 mesin hemodialisis di enam cawangan Pusat Dialisis MAIS termasuk di Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor, Shah Alam, Bukit Jelutong dan Taman Melawati yang menampung 270 pesakit.

Katanya, sumbangan mesin diterima akan ditempatkan di Pusat Dialisis MAIS yang memerlukan.

Beliau sebelum itu berkata, penggunaan mesin hemodialisis sebanyak tiga sesi setiap hari tanpa henti menyebabkan ia mudah rosak.

Artikel Berkaitan:

“Apabila mesin rosak, tempoh dialisis akan terjejas dan mengganggu proses rawatan setiap hari.

“YIDE ucap terima kasih kepada Worldwide Holdings Berhad kerana cakna mengenai keperluan yang diperlukan di Pusat Dialisis MAIS.

“Diharap syarikat-syarikat korporat yang lain turut menyalurkan sumbangan kepada YIDE demi kemaslahatan ummah,” katanya.