Tukar jika ada rekod jenayah: Asmuni

Asmuni (tengah) bersama Mohd Zakuan (dua dari kanan) dan Ahli Majlis MBI mengacau rendang sebagai gimik perasmian program berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Asmuni (tengah) bersama Mohd Zakuan (dua dari kanan) dan Ahli Majlis MBI mengacau rendang sebagai gimik perasmian program berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan bertindak ke atas mana-mana pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini yang mempunyai rekod jenayah atau sabitan mahkamah.

Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, sebelum lantikan dibuat, nama-nama calon pengerusi MPKK akan disenarai pendek sebelum menjalani beberapa tapisan.

“Selepas senarai pendek diterima, kita buat tapisan melalui Jabatan Insolvensi dan pihak polis.

“Jika ada rekod sabitan mahkamah kita akan tukar. Tetapi jika setakat disiasat oleh polis atau direman kita tak ambil tindakan,” katanya selepas hadir ke program Perhimpunan Khas Anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Sempena Aidilfitri 2019 di Stadium Indera Mulia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tangkapan polis ke atas seorang pengerusi MPKK di daerah Perak Tengah kerana menjual dan menyimpan mercun di dalam sebuah kuarters kerajaan yang kosong pada 26 Mei lalu.

Asmuni berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, jika individu terbabit didakwa dan disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah, tindakan akan diambil.

Katanya, jika siasatan mendapati tidak berlaku perlanggaran undang-undang, tiada sebab untuk pihaknya menukar pengerusi MPKK berkenaan.

Artikel Berkaitan: