Satukan tanah milik pesawah warga emas

Salahuddin memberikan sumbangan kepada pesawah ketika majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama peladang MADA di pekarangan Masjid Sultanah Haminah Kampung Banggol Besi semalam.
Salahuddin memberikan sumbangan kepada pesawah ketika majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama peladang MADA di pekarangan Masjid Sultanah Haminah Kampung Banggol Besi semalam.
A
A
A

PENDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang meneliti model terbaik untuk menyatukan tanah sawah milik warga emas bagi diletakkan bawah satu tadbir urus yang lebih baik.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian sedang dalam proses perbincangan bagi meneliti perkara ini.

Katanya, ada banyak model yang masih dalam perbincangan antaranya seperti mini estet padi dan juga beberapa model yang digunakan oleh negara luar.

"Kita nak petani emas ini berehat dan kita akan bantu untuk mengusahakan tanah berkenaan.

"Insya-ALLAH kita akan buka peluang berkenaan kepada golongan muda yang berminat dalam bidang ini," katanya ketika sidang media selepas Majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama peladang MADA di pekarangan Masjid Sultanah Haminah Kampung Banggol Besi, Tanjung Radin semalam.

Menurut Salahuddin, hasil tanaman padi perlu ditingkatkan dengan penggunaan teknologi moden agar industri padi dan beras sampai ke puncak kegemilangan.

"Data dalam kementerian menunjukkan sebanyak 80 peratus golongan warga emas masih lagi membanting tulang mengusahakan sawah padi," katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kini terdapat seramai 6,000 petani muda yang mengusahakan sawah padi secara besar-besaran.

Artikel Berkaitan: