Peragut seret warga emas ditahan polis

Kejadian ragut warga emas itu berjaya dirakam melalui CCTV dari dua buah rumah di kawasan itu semalam. - Foto ihsan pembaca
Kejadian ragut warga emas itu berjaya dirakam melalui CCTV dari dua buah rumah di kawasan itu semalam. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

ALOR SETAR - Empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang lelaki warga emas semasa mengayuh basikal di kawasan berhampiran sebuah pasar raya kelmarin berjaya ditahan polis dalam tempoh 24 jam hasil bantuan rakaman CCTV.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, tangkapan dan serbuan ke atas suspek dilakukan secara berasingan bermula jam 4.30 pagi di sekitar daerah ini.

Menurutnya, sebuah motosikal jenis Honda Dash dan dua topi keledar yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu juga turut dirampas pihaknya.

"Keempat-empat suspek berusia di antara 17 hingga 23 tahun dan tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Dalam serbuan itu, tangkapan pertama dan kedua dilakukan di rumah suspek dan dalam tempoh 30 minit kemudian dua lagi suspek berjaya ditahan sekitar Tongkang Yard, Alor Setar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, semua suspek telah direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kelmarin pada jam 8.30 pagi, mangsa, Choo Tar Cheang, 66, kerugian RM300 selain mengalami kecederaan di bahagian lengan dan kaki apabila diseret beberapa meter sehingga tertanggal seluar yang dipakainya.

Sebelum itu mangsa yang sedang mengayuh basikal telah dihampiri dua motosikal sebelum seorang suspek telah menarik beg yang disandang olehnya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian tersebut tular apabila ia turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dari dua buah rumah di kawasan itu.