Beberapa cadangan Kertas Putih Pertahanan dipersetujui PM

(Barisan hadapan) Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tengah) bersama Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (dua, kiri), Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany (dua, kanan) dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kiri) bergambar bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Majlis Perjumpaan Panglima ATM bersama warga ATM sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan dalam Kertas Putih Pertahanan telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

“Kami telah membuat perbincangan dan penglibatan bersama pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak industri pertahanan, para ahli akademik serta beberapa kementerian lain yang terlibat dalam pertahanan negara.

Dalam Kertas Putih Pertahanan terdapat lapan bab dan salah satunya adalah mengenai rakyat dan pertahanan (people and defence) yang akan memberi masa untuk kami membuat sesi townhall pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir di majlis perjumpaan bersama warga ATM sempena Aidilfitri ini, di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata kertas putih berkenaan merupakan pertama kali dilaksanakan antaranya melibatkan warga ATM dan rakyat yang dibangunkan untuk keselamatan negara.

Pada Mac lepas, Dr Mahathir dalam ucapan perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) berkata bahawa kertas putih pertahanan itu merupakan sumbangan penting kepada landskap pertahanan Malaysia.

Kertas putih berkenaan akan memberikan penerangan yang jelas mengenai peranan setiap agensi, organisasi dan rakyat dalam usaha menjaga keamanan negara.

Selain itu, di bawah kertas putih berkenaan semua pihak termasuk ATM, polis dan agensi lain yang berkaitan akan mempunyai garis panduan yang jelas tentang tugas dan peranan masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan: