AADK Yan rai pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras

Pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.
Pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.
A
A
A

YAN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan menganjurkan program berbuka puasa bersama tenaga pengajar dan pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras kelmarin.

Pegawai AADK Yan, Mohamad Ramli berkata, majlis yang dijalankan di madrasah berkenaan dimulakan dengan bacaan tahlil.

Turut diadakan sesi ceramah berkaitan keistimewaan Ramadan oleh Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor.

"Setiap tahun pihak AADK akan cuba melapangkan masa untuk meraikan pelajar tahfiz bagi berbuka puasa.

"Ini kerana ada dalam kalangan pelajar tahfiz terdiri daripada anak yatim dan asnaf," katanya.

Tambahnya, pelajar-pelajar ini sedang berjihad mempelajari ilmu agama jadi besar pahalanya jika kita menjamu mereka berbuka.

Jelasnya, AADK akan terus melaksanakan program seperti ini pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Pihak AADK Yan berbuka puasa bersama pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras kelmarin.
Pihak AADK Yan berbuka puasa bersama pelajar Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras kelmarin.