X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Ziarah kubur keluarga pada pagi raya

Hukum ziarah kubur pada pagi raya tanpa ada apa-apa iktikad kelebihan, menjaga sunah dan adab adalah diharuskan. -FOTO: BERNAMA.
A
A

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, kita akan lihat ramai yang mengambil peluang untuk menziarahi kubur kaum keluarga usai menunaikan solat sunat Hari Raya.

Sebenarnya, apakah hukumnya apabila kita melakukan perbuatan itu pada pagi Hari Raya?

Hukum asal ziarah kubur untuk lelaki disunatkan berdasarkan hadis Rasululullah SAW.

Sabda baginda SAW: "Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, sekarang maka ziarahlah kerana ia boleh mengingatkan kamu kepada akhirat." (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi menyatakan, hadis di atas tidak menyatakan waktu atau bilangan tertentu ketika menziarahi kubur.

Adapun, hukum ziarah kubur untuk wanita, terdapat perbezaan dalam kalangan ulama. Ada pandangan yang membenarkan dan sebaliknya.

Jika dibenarkan, maka perlu menjaga adab dan tatasusila ketika menziarahi kubur.

Maka, hukum ziarah kubur pada pagi raya tanpa ada apa-apa iktikad kelebihan, menjaga sunah dan adab, maka ia diharuskan. Di samping itu, ia kembali kepada tujuan asal iaitu semata-mata mengingati kematian dan akhirat.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!