Formasi PDRM sempena World #QuranHour

Sebahagian peserta World #QuranHour PDRM bergambar bersama-ramai di Masjid PDRM.
Sebahagian peserta World #QuranHour PDRM bergambar bersama-ramai di Masjid PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peserta World #QuranHour 1440H di Masjid Polis Diraja Malaysia (PDRM) disusun mengikut formasi PDRM, antara keunikan program yang diadakan serentak hari ini.

Menurut Ketua Unit Pengimarahan Masjid PDRM, Mohamad Saidi Jaafar, masa lebih satu jam di ambil bagi membuat formasi itu dengan bantuan sepuluh jawatankuasa masjid beberapa jam sebelum berlangsungnya program.

"Kami buat keunikan pada tahun keempat penganjuran kali ini sebagai memeriahkan lagi acara. Program bermula jam 11 pagi ini dijalankan secara santai dan Alhamdulillah semua berjalan lancar dan teratur.

"Hampir seminggu masa di ambil untuk persediaan termasuk hebahan menggunakan skrin TV di masjid dan jemputan bertulis yang diedarkan ke setiap jabatan," katanya.

Antara peserta yang turut serta di World #QuranHour di Masjid PDRM.
Antara peserta yang turut serta di World #QuranHour di Masjid PDRM.



Bacaan serentak Surah Al-Kahf tepat jam 12 tengah hari di Masjid PDRM Bukit Aman.
Bacaan serentak Surah Al-Kahf tepat jam 12 tengah hari di Masjid PDRM Bukit Aman.

Katanya, pihak masjid konsisten dalam program keagamaan khususnya mendalami ilmu al-Quran.

"Baru-baru ini kita anjurkan majlis khatam al-Quran sempena Ramadan, selain Program Pengajian Berkitab setiap Jumaat dan pengisian serta pemantapan al-Quran sepanjang tahun dibimbing oleh Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dianggarkan 200 anggota PDRM dan orang awam menghadiri program tersebut yang membaca Surah Al-Kahf diketuai Imam 2 Masjid PDRM, Asisten Superintendan Ridhuwan Zaini.

Program terdahulu dimulakan dengan sesi ceramah Ibrah Surah Al-Kahf disampaikan oleh Ustaz Faisal Ismail.

Peserta World #QuranHour disusun dengan formasi PDRM di Masjid PDRM.
Peserta World #QuranHour disusun dengan formasi PDRM di Masjid PDRM.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard, Datuk Hashim Ali yang turut hadir dalam program itu menyambut program kerohanian dan mendekati al-Quran.

"Saya amat menggalakkan anggota PDRM bukan sahaja membaca al-Quran tetapi memahami intipati kandungan dan mengamalkannya dalam tugas seharian.

"Al-Quran dijadikan panduan dalam menerapkan nilai murni, menjaga etika dalam melaksanakan tugas harian tanpa mengabaikan suruhan ALLAH SWT," katanya.