MPAG nafi edar sampul raya

Tular di media sosial Facebook mengenai sampul raya yang dikeluarkan MPAG. (Kanan: Sampul raya gambar khinzir telah ditarik balik namun ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.)
Tular di media sosial Facebook mengenai sampul raya yang dikeluarkan MPAG. (Kanan: Sampul raya gambar khinzir telah ditarik balik namun ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.)
A
A
A

ALOR GAJAH - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menafikan sengaja mengedarkan sampul raya berwarna merah yang memaparkan gambar khinzir.

Yang Dipertuanya, Zamzuri Ariffin berkata, insiden itu berlaku disebabkan kesalahan dari pihak pencetak.

Bagaimanapun menurutnya, beliau terkilan apabila kesilapan berkenaan diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihaknya memohon maaf mengenai kesilapan berkenaan.

"Yang ditularkan itu adalah yang 'reject' dan telah ditarik balik.

"Tapi ada yang terlepas dan diambil kesempatan oleh musuh-musuh dalam selimut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Difahamkan gambar sampul raya yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam turut mendapat maklum balas netizen yang rata-rata kesal apabila kesilapan yang telah ditarik balik itu dipercayai dilakukan oleh orang pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sendiri.

Sementara itu, laman sosial PBT terbabit juga telah membuat permohonan maaf mengenai isu itu.

"Pihak Majlis memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: