Biadab! Sekumpulan lelaki kencing atas jejambat

Seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan dilihat membuang air kecil tanpa rasa malu. Foto - Ihsan pembaca
Seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan dilihat membuang air kecil tanpa rasa malu. Foto - Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada adab! Itu yang boleh digambarkan terhadap perbuatan sekumpulan lelaki yang kencing dari atas jejambat sehingga terkena pada kenderaan yang melalui bahagian bawah berhampiran Terowong SMART di sini kelmarin.

Bukan saja tidak malu dengan apa yang dilakukan, kumpulan lelaki itu dilihat begitu bangga merakamkan perbuatan mereka sebelum video itu tular di media sosial.

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, suara semua individu yang bertutur dalam bahasa ibunda mereka sangat jelas dan mereka juga kedengaran seronok melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Dalam pada itu, tindakan tidak bermoral kumpulan itu turut mendapat kecaman daripada netizen.

Seorang netizen, WaziriRahimin Waz menyifatkan perbuatan kumpulan lelaki tersebut sebagai tiada sivik serta tidak bertamadun, sementara Muhammad Azrul mengatakan sikap mereka tidak ubah seperti sampah.

Artikel Berkaitan: